"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Anwar Gesa Kerajaan Sweden Ambil Tindakan

MAISARAH AISYA

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa kerajaan Sweden untuk ambil tindakan terhadap pelaku yang membakar al-Quran.

Malaysia mengutuk sekerasnya tindakan islamophobia oleh pemimpin ekstermis politik sayap kanan Sweden-denmark, Rasmus Paludan.

Paludan pada 21 Januari lalu menyertai bantahan di hadapan Kedutaan Turkiye di Stockholm.

Selepas sejam mengecam Islam, Paludan bertindak membakar kitab suci al-Quran yang sekaligus menaikkan kemarahan umat Islam di seluruh dunia.

Tindakannya itu meningkatkan lagi masalah Islamophobia di Sweden disebabkan provokasi melampau terhadap sensitiviti orang Islam di seluruh dunia.

“Tindakan tersebut adalah satu penghinaan secara terang kepada kitab suci umat Islam oleh ahli politik Sweden itu dan ketiadaan tindakan adalah sama dengan mencetuskan Islamofobia serta provokasi besar terhadap sensitiviti bukan sahaja Turkiye tetapi lebih daripada dua billion umat Islam di dunia.

“Malaysia mengecam jenayah kebencian berulang yang kali menyasarkan umat Islam di serata dunia begitu juga segala bentuk hasutan kepada kebencian yang menyemarakkan sikap perkauman.

“Negara ini mengutamakan prinsip dialog, penglibatan dan saling menghormati dalam penyelesaian pertikaian dan menyeru masyarakat antarabangsa untuk menolak umpan kaum atau agama dengan berselindung di sebalik kebebasan bersuara dan kekal bersatu menentang segala bentuk hasutan untuk kebencian dan keganasan,” katanya menerusi Facebook rasmi semalam.

Tiada ulasan: