"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Imam Majlis Solat Hajat PN mengadu sedang dizalimi Perikatan Nasional dalam doa

WAN SITI AMINAH

Majlis solat hajat perdana anjuran Parti Perikatan Nasional (PN) sedang menjadi perbincangan hangat di media sosial ketika ini.

Mana tidaknya, doa yang dibaca yang oleh imam majlis itu dilihat bertentangan dengan agenda asal program tersebut.

Satu tanda solidariti kepada presidennya, Tan Sri Mahiaddin Md Yassin, program itu turut dianjurkan bagi melawan ‘kezaliman’ kerajaan.

Namun, lain pula jadinya apabila imam itu ‘tersasul’ mendoakan kemusnahan parti PN yang diaminkan oleh jemaah yang hadir.

“Ya Allah, kami sedang dizalimi oleh ‘Perikatan Nasional’. Ya Allah, Kau musnahkanlah mereka Ya Allah. Kau hancur leburkan mereka Ya Allah.

“Ya Allah, kau kucar-kacirkan mereka Ya Allah,” berikut adalah potongan doa yang dibaca oleh Ketua Dewan Ulama PAS Melaka, Tuan Zulkifli Ismail.

@saifulnizam769
KEMUSNAHAN KEHANCURKAN KELEBURAN PERIKATAN NASIONAL Susulan pendakwaan rasuah dan penggubahan wang haram terhadap Muhyiddin Yassin maka satu solat hajat dibuat oleh Perikatan Nasional. Acara itu ditayangkan secara langsung melalui YouTube Astro Awani. Yang menghairan ialah apabila pak Imam mendoakan kemusnahan dan kehancuran Perikatan Nasional yang menzalimi mereka. Kasihan sungguh! Moga makbul doa mereka. Aminnnnnnnnnn! #RakyatBijak #LawanPembodohan #PerikatanNasional

♬ Funny Song – Mas Gombal
Disiarkan secara langsung di Astro Awani, video tersebut turut tersebar di media sosial TikTok dan mengundang pelbagai reaksi dari rakyat.

“Allah nak didik kita. Sepatutnya doakan supaya diberi dan diangkat pemimpin yang benar,” kongsi seorang pengguna.

“Lain kali bawa skrip macam abah (Mahiaddin),” seloroh pengguna menegur ketersasulan Zulkifli yang juga Ahli Parlimen Jasin itu.

Mahiaddin kini berdepan dengan hukuman penjara jika didapati bersalah menggubah wang haram dan menerima suapan RM232.5 juta.

Tiada ulasan: