"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Skandal Jana Wibawa: SPRM tahan pegawai sendiri, cuba halang siasatan

MAISARAH AISYA

Tidak berat sebelah, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bertindak menahan seorang pegawainya yang dikatakan cuba menghalang siasatan membabitkan Jana Wibawa Khamis lalu.

Pegawai tersebut dan tiga lagi individu termasuk seorang wanita disyaki meminta dan menerima rasuah sebanyak RM400,000 bagi mengelakkan siasatan membabitkan kes program Jana Wibawa.

Menurut Bernama, wanita tersebut dikatakan sudah bebas dengan jaminan SPRM, manakala tiga lagi suspek sedang berada dalam reman hingga esok.

Bagaimanapun, SPRM kini giat mengesan lelaki dikenali sebagai ‘Datuk Roy’ yang dipercayai perancang utama dalam kes rasuah melibatkan siasatan kes berkenaan.

Lelaki itu yang berusia lingkungan 50-an sebelum ini pernah dituduh di mahkamah dan dijatuhkan hukuman penjara atas kesalahan rasuah.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, ketika dihubungi mengesahkan penangkapan yang dilakukan itu.

“SPRM sama sekali tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak, termasuk pegawai sendiri sekiranya terbabit dalam sebarang kegiatan yang menyalahi undang-undang,” katanya

Tiada ulasan: