"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Dr Hafidzah serah pada peguam teruskan saman MB Kelantan

HarapanDaily.com

SITI NUR ZAWANI 

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Lama, Dr Hafidzah Mustakim bakal memulakan tindakan undang-undang terhadap Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud.

Ia selepas Nassuruddin yang juga ADUN Meranti tidak membuat permohonan maaf dalam tempoh tujuh hari sebagaimana dituntut berhubung ucapannya yang melabel dua ADUN pembangkang di Kelantan sebagai menentang perjuangan Islam.

Dr Hafidzah dalam sidang media berkata, beliau akan menyerahkan tuntutan saman itu kepada pihak peguam untuk tindakan selanjutnya.

“Tempoh tujuh hari sudah berlalu, saya telah menyerahkan perkara ini kepada peguam untuk melaksanakan tindakan seterusnya.

“Kita tunggulah…,” katanya hari ini.

Mengulas lanjut mengenai tindakan saman itu, Dr Hafidzah berkata, beliau bertegas demi menjaga maruah dirinya sendiri dan tidak rela diberi gelaran apa-apa yang tidak benar.

“Rakyat perlu tahu mereka ada prinsip dan dengan semangat itu beliau akan masuk ke DUN dengan penuh keyakinan.

“Saya tidak mahu mewujudkan hubungan negatif dan semua pihak perlu memainkan peranan masing-masing demi kesejahteraan rakyat,” katanya.

Pada 19 Ogos lalu, Nassuruddin yang baru sahaja dua hari menjalankan tugas sebagai Menteri Besar Kelantan didakwa melabel dua ADUN pembangkang di negeri itu sebagai melawan perjuangan Islam.

Menerusi video ceramahnya yang tular, beliau berkata rakyat boleh melihat bagaimana dua kerusi yang dimenangi pembangkang, mahu melawan Islam.

Dr Hafidzah bersama ADUN Galas, Mohd Syahbuddin Hashim kemudian menuntut Nassuruddin membuat permohonan maaf secara terbuka berhubung kenyataannya.

Tiada ulasan: