"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Dr Maza patut perjelas isu Modul Hadis 40 secara berhikmah

HarapanDaily.com

AHMAD MURSI

Yang perkenal 40 Hadis ini di sekolah ialah PMX dan Kerajaan Perpaduan. Kenapa pula penyokong kerajaan ini yang ditohmah?

Dr Maza kata non-Muslim yang bantah ialah yang sokong Kerajaan Perpaduan. Yang pertahan langkah kerajaan ni anak Lim Kit Siang dan adik Lim Guan Eng iaitu Lim Hui Ying.

Beliau merupakan Timbalan Menteri Pendidikan dari DAP yang menjelaskan hanya pelajar Islam terlibat.

Parti Gerakan yang mula bantah dan ugut saman kerajaan sebab hadis 40 ini. Bila pula Gerakan sokong Kerajaan Perpaduan? Mereka dengan PN-Pas.

Kenyataan Dr Maza ini tidak menjadikan imej Islam lebih baik pada mata non-Muslim kerana sepertinya bermusuhan dengan non-Muslim dengan syak wasangkanya.

Kenapa Dr Maza tidak ambil posisi jelaskan pada non-Muslim dengan cara hikmah, sebaliknya dia keluarkan video tohmahan. Dia dah tak minat berdakwah non-Muslim ke?

Sepatutnya dia memuji dan berada di belakang PMX dan kerajaan, tetapi dia seolah-olah perlekeh pula kononnya kerajaan terlalu berlembut dan tiada dah “Rahmatan Lil Alamin’ katanya.

Jika puak ekstremis yang lawan usaha Hadis 40 seperti Dr Maza maksudkan ini ialah Gerakan, apa cadangannya kepada kerajaan? Tangkap? Herdik? Cerca?

Tentulah akan ada non-Muslim yang kritik, tugas kitalah untuk menjelaskan pentingnya Hadis kepada umat Islam sama seperti mana al-Quran.

Itu tujuan kita bermuamalah dengan mereka dan bukan berkonfrontasi dengan mereka supaya saluran dakwah terbuka.

Dr Maza kata, “Takkanlah ajar hadis pun mereka nak tentang”. Memanglah, sebab ramai non-Muslim bukan tahu pun Hadis tu apa. Dr Maza ingat semua orang Cina pakar Hadis macam diakah?

PMX dan kerajaan dikritik bertubi-tubi. Ingatkan dia nak pertahan kerajaan. Belum dengar Dr Maza puji langkah baik Kerajaan Perpaduan berkenaan Islam setakat ini.

Tiada ulasan: