"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Hantaran Facebook sentuh 3R, Pemuda

Bernama

JOHOR BAHRU: Pemuda Amanah hari ini membuat laporan polis terhadap Ketua PAS Tenggara Mohd Nazari Mokhtar yang dipercayai membuat hantaran menyentuh sentimen kaum, agama dan institusi diraja (3R) di Facebook.

Ketua Pemuda Amanah, Mohd Hasbie Muda, berkata laporan polis itu dibuat oleh wakil Pemuda Amanah Cawangan Perling Muhammad Syazwan Ismail pada 3.08 petang tadi di Balai Polis Tampoi.

Beliau berkata hantaran menerusi akaun Facebook ‘Nazari Mokhtar’ tiga hari lepas, antaranya mendakwa Pakatan Harapan (PH) akan membuat persempadanan semula kawasan pilihan raya sekiranya calon PH Suhaizan Kayat bagi PRK Parlimen Pulai menang.

Menurutnya, Nazari turut mendakwa dengan persempadanan semula itu, DAP akan menguasai lebih banyak kerusi Parlimen, sekali gus akan menghapuskan Majlis Raja-Raja, menukar Perlembagaan serta mewujudkan sistem presiden.

“Apa yang didakwa oleh pimpinan PAS kawasan Tenggara ini akan menyebabkan rakyat dan penyokong PH panik khususnya orang Melayu.

“Jadi, kita harap polis dapat menyiasat dan ambil tindakan tegas supaya tiada lagi pihak yang berani mengeluarkan kenyataan dan dakwaan seperti itu,” katanya kepada pemberita di Balai Polis Tampoi hari ini.

Turut hadir Exco Pemuda Amanah Nasional Fadhli Umar Aminolhuda.

Sementara itu, Fadhli Umar yang juga ketua perundangan jentera PH PRK Pulai dan Simpang Jeram, berkata pihaknya akan sentiasa memantau sebarang isu 3R yang dimainkan Perikatan Nasional (PN) sepanjang PRK ini.

Sementara itu, Ketua Polis Johor Kamarul Zaman Mamat ketika dihubungi Bernama mengesahkan menerima laporan polis tersebut dan menjelaskan bahawa siasatan lanjut akan dijalankan.

Tiada ulasan: