"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Bunuh anak kerana dendam isteri

Agensi

New Delhi: Kerana dendam terhadap isteri menyebabkan seorang pesara tentera India mengupah pembunuh upahan untuk menghapuskan riwayat anak lelakinya berusia 27 tahun.

Kejadian dilapor berlaku di kampung Chhur di Sardhana, Meerut di Uttar Pradesh dengan suspek berusia pertengahan 50-an itu didakwa membayar 500,000 rupee (RM28,153.16) kepada seorang lelaki tempatan dikenali Amit, 30.

Ketua balai polis Sardhana, Ramakant Pachori berkata, pihaknya menerima laporan kehilangan Sachin Kumar dibuat ibunya pada Sabtu lalu, selepas pemuda itu didakwa tidak pulang sejak Selasa (22 Ogos).

"Wanita itu mengesyaki pembabitan suaminya dalam kehilangan anak mereka dan bertindak atas maklumat, polis menahan suspek (Sanjeev Kumar) dan Amit untuk soal siasat.

"Kedua-duanya kemudian mengaku melakukan jenayah itu dan Sanjeev mendakwa dia mahu membalas dendam terhadap isterinya yang tinggal berasingan. Mereka kini direman," katanya dilapor Times of India.

Penduduk kampung yang mengulas kejadian itu berkata, Sanjeev didakwa mempunyai hubungan sulit dengan adik iparnya dan tinggal bersama wanita terbabit, hingga mendorong isterinya, Munesh meninggalkan dia selama 15 tahun lalu.

"Sejak itu, dia (Munesh) dan anak lelakinya tinggal berasingan daripada lelaki itu.

"Sachin yang belum berkahwin adalah penanggung keluarga yang bekerja sebagai penghantar barang," katanya.

Polis berkata, dalam usaha membunuh Sachin, Amit menawarkan arak kepada pemuda itu sehingga dia mabuk, sebelum mengetuk kepalanya dengan botol.

Kata Ramakant, Amit kemudian mencekik mangsa dengan selendang.

-hmetro 

Tiada ulasan: