"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pembangkang anggap “baik santau PMX” diminta mengucap

HarapanDaily.com
Pembangkang anggap “baik santau PMX” diminta mengucap
Seorang lelaki dipercayai pembangkang mengundang kecaman orang ramai apabila selamba mencadangkan supaya Perdana Menteri disantau.

Sikap individu itu amat mengejutkan memandangkan santau yang bertujuan untuk menyakiti orang lain adalah amalan sihir amat ditegah Islam.

“Alang-alang pergi Thailand baik santau PMX sekali bagi dia ingat balik kata-kata dia sebelum jadi PM,” tulis pengguna Facebook, Alie Redha.

Semakan mendapati individu berkenaan merupakan penyokong tegar pembangkang berdasarkan banyak hantaran di media sosial tersebut.

Malah, sebahagian cacian pendesak pengeluaran Wang Kumpulan Simpanan Pekerja (KWSP) itu hanya mengutuk Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tangkap layar kenyataan Alie Redha itu tular di media sosial sehingga mengundang kecaman orang ramai.

Rata-rata menasihatkan individu terbabit bahkan pembangkang lain supaya menghentikan politik kebencian sehingga terbabas dari landasan agama.

“Tu dia, konon pejuey Isley tapi main santau.

“Puak Khawarij ni macam tak beriman, dengan ilmu hitam dia main-main pulak.

“Pejuang Islam main santau pulak dah,” demikian antara kata orang ramai selain mengingatkan individu berkenaan supaya mengucap dan beristighfar.

Dalam masa sama, ada turut menyarankan supaya membuat laporan polis kerana dilihat sebagai satu bentuk hasutan.

Ramai berpendapat tindakan tegas perlu dikenakan terhadap mereka yang bersikap keterlaluan sebagai pengajaran supaya tidak menormalisasikan politik kebencian.

Tiada ulasan: