"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Tiada tempat untuk penduduk Gaza larikan diri selepas Israel isytihar perang

HARAPAN DAILY

Bangunan kediaman penduduk di Semenanjung Gaza dihujani senjata tentera Zionis Israel, selepas serangan Hamas yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

Dalam situasi yang bila-bila masa saja meragut nyawa itu, isteri Amer Ashour mula mengalami sakit hendak bersalin.

Mereka bergegas ke hospital bersalin berhampiran ketika Israel mula mengebom Gaza yang terkepung pada 7 Oktober lalu.

Berpantang maut sebelum ajal, pasangan itu selamat dikurniakan seorang bayi lelaki yang merupakan cahaya mata kedua mereka.

Kebakaran dan gumpalan asap memenuhi ruang udara Gaza berikutan serangan Israel. Foto: Fatima Shbair/AP

Namun, apa yang mereka tidak sangka ialah hanya timbunan runtuhan batu langsung tiada kesan sejurus mereka pulang ke rumah.

Tentera Israel mengebom bangunan 11 tingkat yang didiami pasangan itu, di kawasan kejiranan Al-Nasr di barat Kota Gaza.

“Apa yang paling saya takuti apabila serangan itu bermula, isteri saya hampir bersalin.

“Saya bimbang bagaimana kami akan sampai ke hospital berikutan pengeboman berterusan tetapi saya tidak sangka rumah saya akan dibom dan musnah,” kata Ashour, lapor Al Jazeera.

Semalam, Israel mengisytiharkan “perang” dan meluluskan “langkah ketenteraan yang penting” selepas serangan mengejut Hamas.

Pertempuran sengit Hamas dan Israel itu telah mengorbankan lebih 1,000 orang termasuk sekurang-kurangnya 400 orang di Gaza manakala ribuan orang awam cedera.

Tiada ulasan: