"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Tanah runtuh di Cameroon ragut 27 nyawa

 Bharianonline

Pasukan penyelamat meneruskan kerja mencari dan menyelamat (SAR) selepas empangan pecah meyebabkan tanah rintuh yang memusnahkan rumah penduduk di Mbankolo, Yaounde, Cameroon. - Foto REUTERS

Pasukan penyelamat meneruskan kerja mencari dan menyelamat (SAR) selepas empangan pecah meyebabkan tanah rintuh yang memusnahkan rumah penduduk di Mbankolo, Yaounde, Cameroon. - Foto REUTERS

CAMEROON: Sekurang-kurangnya 27 orang terkorban akibat tanah runtuh yang disebabkan oleh hujan lebat dalam satu tragedi di Yaounde, Cameroon.

Anggota bomba berkata sehingga kini pihaknya masih menjalankan misi mencari dan menyelamat (SAR) lebih banyak mangsa.

Menteri Pentadbiran Wilayah, Paul Atanga Nji, yang melawat tapak tragedi, berkata jumlah kematian meningkat kepada 27 mangsa selepas pasukan SAR pada awalnya mengumumkan penemuan 23 mayat.

Penguasa (II) Bomba, David Petatoa, berkata 15 mayat berjaya dibawa keluar semalam manakala bakinya ditemui hari ini dan SAR masih diteruskan.

Tanah runtuh kerap berlaku semasa musim hujan di Yaounde, terutamanya kerana terdapat rumah yang dibina secara tidak menentu di lereng bukit di bandar itu.

Suasana lokasi tanah runtuh di daerah Mbankolo, Yaounde, di Cameroon, yang menimbus sekitar 30 buah rumah. - Foto AFP

Suasana lokasi tanah runtuh di daerah Mbankolo, Yaounde, di Cameroon, yang menimbus sekitar 30 buah rumah. - Foto AFP

Malapetaka terbaru berlaku petang semalam di daerah Mbankolo, barat laut Yaounde, yang menempatkan hampir tiga juta orang.

Menurut penyiar awam, CRTV, hujan lebat menyebabkan empangan yang menahan tasik buatan terletak di kawasan tinggi itu pecah.

"Semalam kami sudah mengeluarkan sebanyak 15 mangsa maut dan pagi ini kami menemui 12 lagi mangsa. Kami masih mencari (lebih banyak mangsa)," kata pegawai kedua bomba, David Petatoa Poufong, kepada pemberita di lokasi kejadian.

Pagar keselamatan turut disediakan bagi menghalang orang ramai dan media dari kawasan tanah runtuh.

Bagaimanapun, imej yang disiarkan di televisyen menunjukkan keseluruhan bahagian bukit sudah runtuh dan serta terdapat tinggalan rumah yang dibina daripada kayu, bata dan kepingan logam.

Menurut wartawan AFP, terdapat kediaman di lereng bukit yang dibawa oleh tanah runtuh berkenaan dan ia dapat dilihat dari jauh. Kejadian itu memusnahkan kira-kira 30 buah rumah. - AFP

Tiada ulasan: