"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

SPRM tahan pegawai kerajaan dipercayai terima rasuah untuk percepatkan bayaran kontraktor

Bernama

PUTRAJAYA: Seorang pegawai kerajaan di sebuah kementerian ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya hari ini, setelah disyaki menerima kira-kira RM40,000 wang rasuah sebagai balasan untuk mempercepatkan proses tuntutan bayaran syarikat kontraktor.
Menurut sumber, lelaki berusia 40an itu ditahan pada jam 2 petang di pejabat SPRM Putrajaya, di sini.

Sumber itu memaklumkan lelaki tersebut dipercayai melakukan perbuatan itu antara tahun 2017 hingga 2020 dan wang rasuah dikesan dipindahkan ke akaun miliknya.

Pengarah SPRM Putrajaya Azizul Ahmad Sarkawi yang mengesahkan penahanan itu ketika dihubungi berkata siasatan dijalankan di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009, namun individu berkenaan dilepaskan dengan jaminan SPRM sebanyak RM10,000 dan seorang penjamin, selepas keterangannya direkodkan.
-- BERNAMA

Tiada ulasan: