HarapanDaily.com
AKMAL MANAF
“Tandas bersih adalah lambang jati diri dan iman kita. Harap semua sokonglah benda baik.”
Itu nasihat seorang pemuda kepada wanita dipercayai penyokong Perikatan Nasional (PN) yang tergamak meninggalkan komentar biadab berkenaan usaha kerajaan memperbaiki tandas sekolah.
Pengguna Facebook, Muhammad Fairul Al Qasas itu tampil ‘menasihati’ Suhana Hanna di laman sosial itu yang menggelarkan ‘Bapak Reformasi taraf tandas’, dipercayai ditujukan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Muhammad menyifatkan, isu tandas adalah isu semua dan tiada manusia yang tidak pergi ke bilik air.
“Bila diperiksa profil si pengomen, ooo… orang PN… patut dengki sangat gayanya. Tak tahulah apa yang dengki sangat.
“Sedih juga saya bila dengar cerita budak darjah 1 terkencing dalam seluar sebab tahan nak kencing kerana geli guna tandas.
“Tahan kencing dan buang air besar ini pun boleh jadi punca masalah kesihatan,” katanya dalam hantaran di Facebook beliau.
Menurut pemuda berkaca mata itu lagi, beliau mendapati ada juga warga maya yang menyatakan Anwar cakna tentang tandas kerana pernah memasuki penjara sebelum ini.
Jelasnya, Perdana Menteri sejak mempelopori penubuhan Yayasan Anda Akademik (YA) di Jalan Pantai Baharu, Kuala Lumpur pada awal 1970-an lagi prihatin terhadap kebersihan tandas.
“Silap tu. Boleh tengok filem Anwar The Untold Story. Dalam itu pun ada komen bab tandas.
“Rakan-rakan pelajar Kolej YA pun cakap Anwar memang cakna bab tandas. Belum lagi kira arahan Anwar agar pelajar bersihkan tandas semasa beliau menjawat jawatan Menteri Pendidikan.
“Tandas bersih adalah lambang jati diri dan iman kita. Harap semua sokonglah benda baik.
“Nampak sangat busuk hati tu, sebab hati busuk melahirkan kelakuan dan kata-kata yang busuk,” bidas Muhammad lagi.
Baru-baru ini, seorang murid darjah tiga bernama Maryam memberitahu Anwar menerusi satu nota, mengenai keadaan tandas di sekolahnya yang tidak selesa dan selamat untuk digunakan.
Maryam pada awalnya menghargai usaha Anwar untuk menambah baik tandas sekolah, tetapi dia melihat tandas di sekolahnya tidak begitu bersih.
Dia juga ada menyatakan tandas di sekolahnya hanya mempunyai dua tandas duduk manakala tandas yang lain adalah tandas cangkung.
Maryam berkata, ada lubang tandas cangkung yang dilihat seperti ada labah-labah yang boleh keluar dari lubang itu pada bila-bila masa.
Susulan surat itu, Anwar pada 15 Oktober lalu memberi jaminan untuk meneliti dan mempercepatkan masalah tandas sekolah demi kesejahteraan anak-anak di sekolah.
Surat tular itu turut mendapat perhatian Muhammad yang menyatakan bahawa nota itu adalah tulen.
“Saya kenal maknya, orang Sungai Buloh Selangor,” kata netizen itu lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan