HarapanDaily.com
SYAM GHAZ
InsyaAllah 2 bulan lagi satu Malaysia akan terkejut. Hasil padi tanpa racun dan baja lagi tinggi dari hasil padi yang guna baja dan racun kimia.
Seorang pejuang makanan organik dari Tasek Malaya, Bandung, Pak Aep pada tahun 2010 dijemput oleh Datuk Husam Musa Ke Kelantan.
Beliau pernah buat, hasilkan padi tertinggi per hektar ketika arwah Tok Guru Nik Aziz rasmikan Bendang Padi Organik Tunjong.
Mungkin imej 1 orang dan rumput
Pak Aep mengamalkan konsep Pertanian Alami Lestari yang meletakkan hubungan baik manusia dengan Allah SWT, hubungan manusia dengan haiwan termasuk haiwan perosak, dan haiwan dengan tumbuhan itu sendiri, iaitu padi.
Semua berkaitan tentang ilmu ekosistem tanah, faham sifat padi dan perosak. Pakar itu ada di Malaysia dan tengah menanam padi sekarang.
Beliau dinobatkan penanam padi terbaik Indonesia dan dipanggil seluruh dunia untuk mengajar ilmu padi kepada profesor, doktor dan penyelidik seluruh dunia.
Menang pelbagai anugerah peringkat dunia, dan tidak kira juga ramai yang ambil kesempatan. Kini ada 19 varieti padi ditanam oleh beliau untuk kajian dan perbandingan di sini.
Konsep ini jika dimanfaatkan sepenuhnya, kartel baja, benih, beras, racun dan kilang tidak boleh cari makan. Ini baru betul revolusi pertanian. Jalan terus!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan