"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Biden, Netanyahu berpelukan selepas 11 hari Israel mengganas

HarapanDaily.com
Biden, Netanyahu berpelukan selepas 11 hari Israel mengganas
Selepas 11 hari Israel mengganas sehinggakan hospital Gaza turut dibom, Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden tiba mendarat di Tel Aviv hari ini.

Dia disambut mesra oleh Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan mereka berpelukan ketika keganasan tentera rejim Zionis telah membunuh kira-kira 3,000 penduduk Gaza.

Lawatan Biden juga dibayangi dengan insiden paling berdarah sejak perang Israel-Hamas tercetus 7 Oktober lalu apabila Israel mengebom Hospital Al-Ahli al-Arabi semalam.

Seramai 500 nyawa terkorban dalam pembunuhan di hospital yang dipenuhi pesakit dan penduduk Palestin yang tumpang berteduh.

Bagaimanapun, tentera rejim Zionis menafikan pihaknya berbuat tindakan jahat itu.

Malah, Israel menuduh pula pengeboman itu merupakan serangan roket yang gagal dikendalikan oleh kumpulan tentera jihad Islam Palestin di kawasan tersebut.

Rakaman video yang tersebar menunjukkan orang awam termasuk wanita dan kanak-kanak lari bertempiaran serta membawa mayat dalam keadaan gelap gelita.

Biden sepatutnya dijadualkan terbang dari Israel untuk menghadiri sidang kemuncak di Amman bertemu dengan pemimpin Arab.

Namun, Jordan membatalkan sidang kemuncak empat penjuru dengan Biden serta bersama pemimpin Mesir dan Palestin untuk membincangkan isu Gaza.

Menteri Luar Jordan, Ayman Safadi, berkata, mesyuarat itu hanya akan diadakan apabila pihak-pihak berkaitan boleh bersetuju untuk menamatkan “perang dan pembunuhan beramai-ramai terhadap rakyat Palestin”.

Lawatan Biden hari ini menyaksikan dia bakal bertemu kabinet perang Israel.

Biden akan bertanyakan “beberapa soalan yang sukar” untuk lebih memahami matlamat dan objektif perang Israel di Gaza, kata jurucakap Majlis Keselamatan Negara AS, John Kirby.

Menurutnya, Biden akan bertanya mengenai perkara tersebut sebagai kawan sambil menambah bahawa AS akan menekankan keperluan untuk bantuan kemanusiaan memasuki Gaza dan kewajipan untuk mengelakkan korban awam.

Tiada ulasan: