"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Budak enam tahun ditemukan maut dalam mesin basuh

Muhammad Zulsyamini Sufian Suri
am@hmetro.com.my

Ipoh: Luluh hati seorang nenek apabila menemukan cucunya dalam keadaan tidak sedarkan diri dalam mesin basuh di sebuah rumah di Kampung Sungai Tapah Tambahan, Manjoi, di sini, semalam.

Kanak-kanak lelaki berusia enam tahun itu terbabit disahkan sudah meninggal dunia ketika dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan, berkata pihaknya menerima laporan pada 11.44 pagi.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kanak-kanak terbabit ada bersama ahli keluarga lain di dalam rumah semasa kejadian.

"Bagaimanapun, dia ditemukan di dalam mesin basuh oleh neneknya jam 9.30 pagi.

"Mangsa dihantar ke hospital oleh ambulans namun disahkan meninggal dunia kira-kira jam 11.02 pagi hari ini (Isnin)," katanya dalam kenyataan malam tadi.

Menurutnya, hasil bedah siasat mendapati punca kematian kanak-kanak itu adalah disebabkan kecederaan di kepala akibat objek tumpul (blunt trauma of the head).

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a), Akta Kanak-kanak 2001 (Akta 611).

Tiada ulasan: