"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Undang Teresa ‘berbogel’ ke Langkawi, MP PN mohon maaf

Malaysiakini
story-image
Mohd Suhaimi Abdullah (Perikatan Nasional-Langkawi) memohon maaf kerana mengundang Teresa Kok (Pakatan Harapan-Seputeh) ke Langkawi tanpa pakaian.

“Saya ingin memohon maaf atas kekhilafan saya dalam perbahasan Bajet 2024 saya pada 26 Okt lalu.

“Permohonan maaf ini dibuat kepada YB, tan sri yang dipertua dan ahli-ahli dewan berhubung kenyataan tersebut yang mungkin terguris dan tersinggung akibat  kekhilafan saya,” katanya.

Dia juga menegaskan bahawa Langkawi amat dekat dengan hatinya dan tidak wajar diperlekeh atau “dipersepsikan” oleh mana-mana pihak.

Dua minggu lalu, Mohd Suhaimi mengundang Kok ke pulau peranginan itu dan berkata “tak mahu pakai apa pun tak apa”.

Dia berkata demikian ketika mempertahan kerajaan Kedah daripada dakwaan mengenakan kod etika pakaian kepada pelancong.

Mohd Suhaimi membuat permohonan maaf itu walaupun sebelum ini mempertahankan tindakan itu sebagai jawapan kepada soalan provokasi dalam Dewan Rakyat.

Dia juga berkata cuma berseloroh dengan “kawan” yang mempunyai hubungan baik dengannya.

Penjelasan itu dibuat setelah pemimpin DAP Young Syefura Othman menghantar usul untuk merujuknya Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen atas kerana membuat kenyataan “lucah” dan berunsur gangguan seksual.

Tiada ulasan: