"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Majlis perkahwinan bertukar jadi ‘pasar sayur’

KOSMO
Tetamu majlis mengambil pelbagai jenis sayur dengan penuh keterujaan. – TikTok
JAKARTA – Sebuah majlis perkahwinan di Indonesia menjadi perhatian ramai kerana memberikan sayuran sebagai cenderahati kepada tetamu, lapor portal berita Okezone kelmarin.

Dalam video yang dimuat naik di platform TikTok, majlis perkahwinan pasangan Andini dan Tirta itu dilihat seperti suasana di pasar kerana terdapat pelbagai jenis sayur yang disediakan.

Tetamu pula dilihat berpusu-pusu memilih sayur yang mereka mahu.

Selain itu, beg plastik turut disediakan pada majlis itu untuk memudahkan tetamu membawa pulang sayur-sayuran tersebut.

Sebahagian besar tetamu wanita mengambil satu persatu jenis sayur yang disediakan dengan penuh kegembiraan.

Video tersebut menjadi tular dan menerima pelbagai komen pengguna media sosial yang memuji tindakan pengantin.

“Bagus juga beri cenderahati sayur. Namun, lebih bagus kalau tuan rumah sudah sedia membungkus sayur-sayuran tersebut supaya tetamu mendapat habuan yang sama rata,” kata seorang netizen.

“Ini lebih bagus daripada cenderahati yang pelik. Ia dapat membantu tetamu yang mungkin kehabisan wang. Semoga mendapat keberkatan,” kata pengguna lain. – AGENSI 

Tiada ulasan: