"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Solat jemaah di lapangan terbang Perancis cetus kontroversi

AFP 

PARIS: Gambar pengembara Muslim menunaikan solat jemaah di sebuah lapangan terbang di Perancis mencetuskan kontroversi, dengan kerajaan negara itu berazam bertindak tegas manakala pengendali premis itu menyifatkan perkara berkenaan sebagai kejadian yang dikesali.

Gambar yang tular semalam di media sosial menunjukkan puluhan pengembara di dewan pelepasan Lapangan Terbang Charles de Gaulle, Paris, melakukan solat jemaah sebelum penerbangan ke Jordan.

Perancis mempunyai ramai penganut Islam dan Yahudi, dan kontroversi tercetus akibat imej berkenaan dalam pada ketegangan meningkat di negara itu susulan konflik di Palestin.

Menteri Pengangkutan Clement Beaune berkata di X, atau sebelum ini dikenali sebagai Twitter, bahawa pihak berkuasa lapangan komited sepenuhnya menguatkuasakan peraturan.

Solat jemaah di Terminal 2B lapangan terbesar Perancis itu melibatkan kira-kira 30 orang dan mengambil masa sekitar 10 minit, menurut sumber yang enggan dikenali.

Lapangan terbang itu mempunyai kawasan tertutup khas untuk membolehkan orang ramai daripada pelbagai agama beribadah.

Perancis adalah negara sekular dan mengehadkan penayangan kepercayaan keagamaan di tempat awam termasuk sekolah, bangunan awam dan lapangan terbang.

CEO Aeroports de Paris (ADP) Augustin de Romanet menyifatkan kejadian itu sebagai kejadian pertama kali seumpamanya yang “dikesali.”

“Polis kawalan sempadan diarahkan menghalang kejadian seumpama ini dan akan meningkatkan pemantauan,” katanya.

Tiada ulasan: