"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Gaza: Tujuh mayat bergelimpangan atas jalan raya

Reuters
GAMBAR tular di media sosial menunjukkan mayat bergelimpangan di atas jalan raya.
GAMBAR tular di media sosial menunjukkan mayat bergelimpangan di atas jalan raya.
Gaza: Tular rakaman video tujuh mayat bergelimpangan di atas jalan raya dekat selatan bandar ini yang dikepung tentera Israel.

Reuters yang turut menerima rakaman video itu bagaimanapun tidak dapat mengesahkan tarikh kejadian.

Namun, Reuters mengesahkan ia tidak tersebar di laman sosial sebelum Jumaat.

Reuters juga tidak dapat mengesahkan identiti individu yang merakam video itu dan mayat dalam rakaman itu.

Video itu menunjukkan terdapat serpihan dan harta peribadi bertaburan di jalan raya termasuk mayat kanak-kanak dengan kesan darah di atas jalan raya.

Video itu dipercayai dirakam seorang lelaki atau kanak-kanak lelaki di pesisir pantai al-Rashid antara Kota Gaza dan Wadi Gaza.

Kedengaran suara perakam turut bersedih ketika merakam dan melihat mayat berkenaan.

"Ya Allah, anak. Ya Tuhan, wanita. Ya Tuhan, gadis itu. Tolong Allah lindungi umat kami.

"Sila lihat," kedengaran penunggang basikal itu berkata dalam bahasa Arab.

Israel pada lewat Khamis memaklumkan tenteranya sudah mengepung bandar Gaza selepas menyerang utara Semenanjung Gaza awal minggu ini dari selatan enklaf berhampiran Wadi Gaza.

Ia mahu memusnahkan Hamas, yang melakukan serangan ke atas kubu dan bandar Israel pada 7 Oktober lalu.

Israel memaklumkan ia membunuh 1,400 individu dan menawan 240 tebusan.

Pihak berkuasa kesihatan di kawasan yang dikendalikan Hamas berkata, Israel sudah membunuh 9,227 individu, termasuk 3,826 kanak-kanak dalam tempoh tiga minggu.

Tiada ulasan: