"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Banjir satu meter, tujuh sekeluarga dipindahkan

Safeek Affendy Razali
safeek@bh.com.my
Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor memindahkan tujuh sekeluarga selepas rumah mereka dinaiki air di Kampung Sri Tanjung, Dengkil, petang tadi. - FOTO IHSAN BOMBA
Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor memindahkan tujuh sekeluarga selepas rumah mereka dinaiki air di Kampung Sri Tanjung, Dengkil, petang tadi. - FOTO IHSAN BOMBA
KUALA LUMPUR: Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor memindahkan tujuh sekeluarga selepas rumah mereka dinaiki air di Batu 31, Kampung Sri Tanjung, Dengkil, petang tadi.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Selangor berkata, pihaknya menerima maklumat pada jam 5.36 petang berhubung banjir di kawasan kampung berkenaan.

"Sebaik menerima maklumat, pihak bomba menghantar dua jentera, sebuah ambulans, sebuah pacuan empat roda dan sebuah bot dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Cyberjaya dan BBP Dengkil ke lokasi kejadian.

"Pasukan bomba yang tiba pada jam 6.04 petang mendapati paras air di kediaman berkenaan berada pada kedalaman satu meter dan mangsa berada di dalam rumah," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, pihak bomba memindahkan mangsa menggunakan bot.

Rakaman bergambar JBPM Selangor menunjukkan beberapa kediaman berhampiran turut dinaiki air namun penghuni dilaporkan sudah berada di tempat selamat.

Tiada ulasan: