FMT Reporters
Zayn Rayyan Abdul Matiin dilaporkan hilang sejak kelmarin dan ditemui meninggal dunia di kawasan sungai pada 10 malam Rabu. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA: Polis berkata kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin, yang ditemui mati di kawasan sungai dekat rumahnya semalam dipercayai dibunuh.
Ketua Polis Selangor, Hussein Omar Khan dipetik Sinar Harian sebagai berkata, siasatan kini dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Zayn Rayyan, 6, yang dilaporkan hilang sejak kelmarin, ditemui meninggal dunia di kawasan sungai pada 10 malam Rabu.
Ketua Polis Petaling Jaya, Mohd Fakhrudin Abd Hamid dilaporkan berkata, jarak sungai dari rumah kanak-kanak itu di Apartmen Idaman kira-kira 100m.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan