"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Berang tak diberi wang beli ayam goreng, lelaki tergamak tikam isteri guna gunting

WAN SITI AMINAH

Siapa sangka, seorang lelaki tergamak menikam isterinya dengan gunting sehingga maut hanya kerana wanita itu enggan memberikan wang.

Dalam kejadian mengerikan tersebut, leher wanita berusia 46 tahun itu telah ditikam dengan menggunakan gunting oleh suaminya yang bekerja sebagai tukang jahit.

Pasangan itu mulanya terlibat dalam pertengkaran pada malam Jumaat, minggu lalu ketika mangsa dikenali sebagai Noor Bano enggan memberi wang kepada suaminya.

Difahamkan, suaminya meminta wang daripada Bano untuk membeli ayam goreng di pasar sebelum lelaki berkenaan naik berang apabila kemahuannya tidak dituruti.

Selepas beberapa minit pertelingkahan dingin itu berlaku, Bano akhirnya membuat keputusan untuk keluar daripada rumah bagi membeli sendiri ayam goreng tersebut.

Tidak hanya terhenti di situ, pasangan suami isteri tersebut bagaimanapun kembali bertengkar di hadapan anak-anak mereka sekembalinya Bano ke rumah dari pasar.

Tukang jahit yang kini bergelar suspek kemudian menikam leher Bano menggunakan sebilah gunting sebelum disahkan maut ketika dalam perjalanan menuju ke hospital.

Memetik laporan media antarabangsa iaitu NDTV, insiden berdarah tersebut berlaku di kediaman milik pasangan itu yang terletak di bandar Ghaziabad, New Delhi, India.

Kejadian tersebut kemudian disahkan oleh Asisten Komisioner Polis (ACP) daerah Loni, Ghaziabad iaitu Siddharth Gautam yang memaklumkan kes itu telah difailkan.

“Pihak polis telah mendaftarkan kes sebelum berjaya menangkap suspek beberapa jam selepas kematian isterinya.

“Suspek, Shahid Hussain telah ditahan kerana didakwa membunuh isterinya, Noor Bano yang berusia 46 tahun,” tegas Gautam dengan ringkas memetik laporan NDTV.

Tiada ulasan: