"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

8 pegawai, anggota polis direman bantu siasatan kes pemerasan

Izz Laily Hussein
am@hmetro.com.my

Johor Bahru: Seorang pegawai kanan polis berpangkat Inspektor dan tujuh anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam ditahan semalam, bagi membantu siasatan kes pemerasan membabitkan wang tunai RM35,000.

Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar berkata, lapan penjawat awam berusia antara 20 hingga 50 tahun itu ditahan reman empat hari bermula semalam hingga Jumaat bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan.

"Pada jam 9.32 malam kelmarin (Isnin), kita menerima laporan berkaitan kes pemerasan membabitkan wang tunai berjumlah RM35,000 oleh pegawai dan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, IPD Seri Alam.

"Kes diklasifikasikan dan disiasat di bawah Seksyen 384 Kanun Keseksaan kerana pemerasan. Kes masih di peringkat siasatan," katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Beliau berkata, orang ramai diingatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau komen yang boleh menganggu proses siasatan.

Terdahulu, tular laporan menyatakan seorang tukang cuci wanita berusia 41 tahun membuat laporan polis mendakwa seorang anggota polis memintanya RM40,000 bagi membebaskan adiknya yang ditahan berkaitan kes dadah.

Tiada ulasan: