"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Wanita maut dibakar suami

Juwan Riduan
am@hmetro.com.my
KEADAAN rumah yang musnah terbakar di Kampung Tinagalan, Sook, Keningau. FOTO Ihsan Polis
KEADAAN rumah yang musnah terbakar di Kampung Tinagalan, Sook, Keningau. FOTO Ihsan Polis
Keningau: Seorang wanita maut selepas 16 jam dirawat di Hospital Keningau akibat dibakar oleh suaminya di Kampung Tinagalan, Sook, di sini, kelmarin.

Kejadian dikatakan berpunca susulan pertengkaran antara mereka yang dalam keadaan mabuk selepas meminum 'tapai' di rumah mereka.

Rumah pasangan suami isteri terbabit turut musnah terbakar dalam kejadian itu.

Ketua Polis Daerah Keningau Superintendan Yampil Garai berkata, hasil siasatan awal mendapati, kejadian berpunca akibat pertengkaran mulut antara pasangan berusia 50 dan 41 tahun itu dalam keadaan mabuk.

Katanya, keadaan menjadi di luar kawalan apabila mangsa mencabar suspek untuk membakarnya selepas diugut sebelum itu.

"Suspek dilaporkan menyimbah isterinya dengan petrol sebelum menyalakan mancis dan terus mencampakkan kepada mangsa.

"Anak perempuan mereka yang berusia 16 tahun menyedari kejadian berkenaan membawa dua adiknya keluar rumah menyelamatkan diri," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Yampil berkata, selepas menyelamatkan adiknya, remaja berkenaan turut membantu memadamkan api di badan ibunya sebelum cuba mendapatkan bantuan daripada bapa saudaranya.

Katanya, suspek kemudian membawa mangsa ke Klinik Sook untuk mendapatkan rawatan sebelum dirujuk ke Hospital Keningau bagi rawatan lanjut.

"Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal pada 1.41 tengah hari, Ahad lalu," katanya.

Katanya, suami mangsa sudah direman sehingga Jumaat ini untuk membantu siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Tiada ulasan: