"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

'Hati-hati produk didakwa diruqyah'

Latifah Arifin
latifah@bh.com.my
Produk dalam bentuk kepingan kertas mengandungi petikan ayat al-Quran yang boleh larut dalam air dan sedia diminum dalam tempoh beberapa saat mengejutkan ramai. - Foto tangkap layar
Produk dalam bentuk kepingan kertas mengandungi petikan ayat al-Quran yang boleh larut dalam air dan sedia diminum dalam tempoh beberapa saat mengejutkan ramai. - Foto tangkap layar
KUALA LUMPUR: Kemunculan produk dalam bentuk kepingan kertas didakwa dibacakan ayat al-Quran atau diruqyah, menimbulkan pelbagai reaksi apabila ia tular di media sosial.

Sebelum ini, muncul pelbagai produk makanan dan minuman 'ruqyah' yang dijual di pasaran, namun terbaru produk dalam bentuk kepingan kertas mengandungi petikan ayat al-Quran yang boleh larut dalam air dan sedia diminum dalam tempoh beberapa saat mengejutkan ramai.

Dalam video itu, ditunjukkan kepingan kertas ruqyah terbabit dimasukkan ke dalam cawan berisi air, selepas dikacau selama lima saat tulisannya luntur dengan air yang jernih bertukar kepada kebiruan. Ia kemudian sedia untuk diminum.

Pendakwah, Mohd Meeftah Anuar, berkata hukum menggunakan produk sedemikian adalah harus, namun ia perlu disertakan dengan iktikad yang betul.

"Hukumnya harus, cuma mesti betul iktikadnya...yang menyembuhkan adalah Allah SWT. Kaedah itu hanyalah satu daripada ikhtiar," katanya kepada BH hari ini.

Mengulas lanjut, beliau bagaimanapun, berkata ia tidak bermakna pembelian produk sedemikian adalah digalakkan.

"Saya hanya menukil pendapat ulama dan tidaklah pula menggalakkan orang beli produk sedemikian.

"Lebih-lebih lagi (berdasarkan video yang tular) tak nampak dengan jelas apa yang ditulisnya dan tidak diketahui bahan dakwat yang digunakan," katanya.

Memperincikan isu hukum, beliau berkata, ulama mempunyai pandangan berbeza mengenainya, malah ada yang berpendapat hukumnya adalah makruh.

‎"Imam Nawawi dalam kitabnya, At Tibyan fi Adab Hamalati al-Quran berkata, ‎ada perselisihan pendapat ulama mengenai hukum menulis ayat al-Quran pada sebuah bekas kemudian dibasuhkan (bekas itu) dan diberikan minum air basuhan itu kepada orang yang sakit.

"Selain itu, ulama lain Al Qadi Husain dan Al Baghawiy berpandangan jika dituliskan ayat al-Quran atas manisan, kemudian dimakan sekali pun tidak mengapa (harus)," katanya.

@fyzv_10 Cheak out the link in my bio for ruqyah sheets.#ruqyahpaper original sound -
Sehubungan itu, beliau menasihati orang ramai supaya selidik dahulu sebelum membeli produk atas nama 'ruqyah' di pasaran.

"‎Jika jelas apa ayat yang ditulis dan bahan yang digunakan suci serta tidak memudaratkan, maka harus hukumnya.

"‎Jika tidak pasti, lebih baik ditinggalkan," katanya.

Tiada ulasan: