"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Gila, macamana kepala tersangkut dalam lampu isyarat

KOSMO
Keadaan kepala mangsa yang tersekat di dalam lampu isyarat. - Reddit
BEIJING – Seorang lelaki di China menjadi perhatian pengguna media sosial selepas terpaksa menahan sakit selama hampir sejam dengan keadaan kepalanya tersekat di dalam lampu isyarat, lapor laman berita Oddity Central semalam.

Kemalangan itu berlaku selepas lelaki berkenaan merempuh lampu isyarat sementara ketika menaiki skuter elektrik di bandar Chengdu.

Berikutan kesan pelanggaran itu, kepala mangsa tersekat di dalam lampu isyarat, manakala anggota bomba dipanggil untuk membebaskannya dari objek tersebut. 

Anggota kecemasan menghabiskan masa sekitar 40 minit untuk memotong sarung logam lampu isyarat bagi melepaskan kepala lelaki itu dengan selamat. 

Dia kemudian dibawa ke hospital tempatan dan pulih sepenuhnya. – AGENSI

Tiada ulasan: