"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Warga emas dicekup menyelinap ke rumah janda muda, ketika isteri sudah tidur

Alias Abd Rani
am@hmetro.com.my
ANGGOTA penguat kuasa JAINJ ketika menyerbu rumah didiami janda kerana disyaki berkhalwat dengan warga emas . FOTO ihsan JAINJ
ANGGOTA penguat kuasa JAINJ ketika menyerbu rumah didiami janda kerana disyaki berkhalwat dengan warga emas . FOTO ihsan JAINJ
Batu Pahat: Lelaki berstatus 'datuk' dicekup pegawai dan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) selepas disyaki berkhalwat dengan pekerjanya yang juga janda muda di sebuah rumah dalam daerah ini, semalam.

Warga emas berusia 60-an itu dikatakan menyelinap masuk rumah wanita berusia 30-an yang tinggal berseorangan di sebuah taman perumahan pada jam 2 pagi, ketika isterinya terlelap.

Menurutnya JAINJ, serbuan dilakukan pihak berkuasa selepas menerima aduan orang awam berhubungan kelakuan pasangan itu di sebuah rumah taman perumahan.

"Pada malam itu, lelaki ini ke rumah janda yang tinggal berseorangan. Isterinya tak menyedari suaminya keluar kerana terlelap sekitar jam 11 malam.

"Wanita ini adalah janda dan juga pekerja kepada lelaki ini di sebuah warung tepi jalan utama. Selain pekerja, wanita ini turut menguruskan hal berkaitan kewangan warung lelaki itu.

"Hubungan mereka di kedai nampak macam biasa tetapi mereka mempunyai hubungan intim di luar yang tidak diketahui isterinya.

"Isterinya pula sebaya lelaki itu, jarang berada di warung kerana banyak berehat di rumah akibat masalah lutut," katanya kepada Harian Metro, hari ini.

Katanya, pasangan itu akan didakwa mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Johor 1997 dengan denda sehingga RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Tiada ulasan: