"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kenderaan pekerja telekomunikasi dibaling batu, tukul dan dilastik

Juwan Riduan
am@hmetro.com.my

Kota Kinabalu: Tiga pekerja syarikat telekomunikasi berdepan detik cemas apabila kenderaan mereka diserang sekumpulan lelaki menaiki empat pacuan empat roda berhampiran bulatan Masjid Negeri Sabah, Sembulan, di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian jam 3.55 pagi itu, ketiga-tiga mangsa yang sedang menjalankan tugas rondaan mendakwa kenderaan mereka diekori sebelum tiba-tiba dibaling dengan batu dan tukul serta dilastik menggunakan objek keras.

Malah penyerang bertindak lebih agresif apabila cuba melanggar kenderaan mangsa.

Akibat serangan itu, kenderaan pekerja terbabit mengalami kerosakan serius termasuk cermin belakang pecah, lampu brek rosak serta badan kemek.

Bagaimanapun, mereka sempat menyelamatkan diri dengan memandu ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu bagi mendapatkan perlindungan manakala kumpulan penyerang melarikan diri.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan berhubung insiden ugutan jenayah dan khianat yang dilaporkan berlaku di kawasan berkenaan.

Katanya, antara kenderaan suspek yang dikenal pasti ialah Isuzu D-Max berwarna jingga, Toyota Hilux Single Cab putih, Nissan Navara hitam dan Toyota Hilux hitam.

"Siasatan awal mendapati kejadian ini berkemungkinan mempunyai kaitan dengan kes kecurian kabel yang dilaporkan pada 19 September lalu.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana khianat," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Kasim berkata, pihaknya memandang serius insiden serangan itu dan akan memastikan tindakan tegas diambil terhadap pihak terbabit.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi IPD Kota Kinabalu atau man

Tiada ulasan: