"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Terengganu: Ibu tunggal kecewa, rupanya anak 15 tahun tawar ‘servis’ di Telegram

Harapandaily

Kecewanya seorang ibu tunggal apabila mengesyaki anak perempuannya berusia 15 tahun menawarkan khidmat seks melalui Telegram.

Lapor BH, ibu berusia 43 tahun itu mendakwa anak sulungnya memaklumkan perkara tersebut kepadanya ketika berada di rumah di Jerteh, Terengganu, pada 15 September lalu.

Mengejutkan apabila anak keenam daripada tujuh beradik itu menawarkan perkhidmatan secara percuma untuk pelanggan pertama dan untuk kali kedua dan seterusnya, bayaran akan dikenakan.

“Ibu itu percaya anak perempuannya pernah melakukan hubungan seksual dengan beberapa lelaki.

“Dia membuat laporan itu untuk membolehkan polis mengambil tindakan selanjutnya,” lapor BH memetik sumber.

Ibu tunggal yang bekerja sebagai tukang cuci itu membuat laporan di Balai Polis Pasir Puteh pada 20 September lalu.

Difahamkan, anak perempuan pengadu dan adik-beradiknya yang lain tinggal bersama bapanya di Kampung Gong Tinggi, Pasir Puteh selepas ibu bapa mereka bercerai 10 tahun lalu.

Tiada ulasan: