"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pembantu rumah kencing dalam gelas, basuh di singki

KOSMO
Tangkap layar video menunjukkan wanita itu membuang air kecil di dalam gelas ketika mencuci peralatan dapur. - X
NEW DELHI – Seorang pembantu rumah di India menerima kecaman ramai apabila dirakam membuang air kecil di dalam gelas lalu mencucinya bersama peralatan dapur yang lain, lapor stesen penyiaran NDTV. 

Kejadian berlaku di bandar Bijnor, negeri Uttar Pradesh baru-baru ini. 

Rakaman video yang dimuat naik di platform X oleh akaun @IndiaObserverX menunjukkan wanita terbabit memasukkan gelas ke dalam seluarnya sebelum membuang air kecil. 

Dia kemudian membasuh gelas itu bersama peralatan dapur yang lain. 

Jurucakap Polis Nagina, Sanjay Kumar berkata, suspek dikenali sebagai Samantra, 55, ditahan selepas video itu tular di media sosial. 

“Suspek telah ditahan dan siasatan lanjut sedang giat dijalankan,” kata Sanjay. – AGENSI

Tiada ulasan: