Buletin TV3
GEORGE TOWN: Lima anggota polis termasuk pegawai kanan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), hari ini kerana disyaki meminta dan menerima rasuah sebagai balasan tidak mengambil tindakan atas kesalahan memiliki motosikal curi.
Menurut laporan Harian Metro yang memetik sumber, semua lelaki berusia lingkungan 20 hingga 40-an itu ditahan antara jam 2 hingga 5 petang ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Pulau Pinang.
“Siasatan awal mendapati mereka disyaki bersubahat melakukan perbuatan itu pada Jumaat lalu dalam satu operasi yang dijalankan di sekitar Seberang Perai.
“Seorang daripada suspek dipercayai meminta dan menerima wang rasuah secara tunai kira-kira RM9,000 daripada individu yang merupakan pemilik bengkel motosikal,” katanya.
Pengarah SPRM Pulau Pinang, Datuk S Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan berkata, kes disiasat Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan