"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Polis Thailand tahan rakyat Malaysia bawa senjata api, ratusan peluru

Hafidzul Hilmi Mohd Noor
hafidzul@hmetro.com.my
POLIS Thailand menyusun senjata api dan peluru yang ditemui dalam kereta dipandu rakyat Malaysia.
POLIS Thailand menyusun senjata api dan peluru yang ditemui dalam kereta dipandu rakyat Malaysia.
Kuala Lumpur: Rakyat Malaysia ditahan pihak berkuasa Thailand bersama senjata api perang jenis M4 dan ratusan butir peluru dalam kereta yang dipandunya di Sadao, Songkhla.

Suspek berusia 46 tahun ditahan pada 5.35 petang di sekatan jalan raya yang dijalankan oleh anggota Balai Polis Daerah Sadao.

Sumber berkata, sekatan jalan raya itu dijalankan sebagai sebahagian daripada operasi pencegahan jenayah penyeludupan dadah serta ancaman keselamatan.

"Pemeriksaan ke atas kenderaan jenis Kia bernombor pendaftaran Malaysia itu menemui dua laras raifal M4; 300 butir peluru kaliber 5.56 mm; tujuh magazin peluru 5.56 mm; 100 butir peluru kaliber .45 mm dan 50 butir peluru kaliber 9 mm.

"Semua senjata dan peluru berkenaan telah dirampas sebagai barang kes untuk siasatan lanjut," katanya.

Difahamkan, polis Thailand kini masih menyiasat tujuan sebenar pemilikan senjata perang dan peluru dalam jumlah besar itu.

Sementara itu, Ketua Polis Kedah Datuk Adzli Abu Shah mengesahkan seorang rakyat Malaysia ditahan pihak berkuasa Thailand di Sadao.

"Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga sudah dimaklumkan berhubung penahanan itu.

"Biar pihak berkuasa Thailand siasat terlebih dahulu kerana kita masih belum mengetahui tujuannya, sama ada untuk digunakan di sana atau dibawa masuk ke negara ini," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Tiada ulasan: