K PRAGALATH
Timbalan presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man telah menegaskan pendirian partinya untuk tidak masuk campur dalam krisis kepimpinan yang dihadapi Bersatu.
Ia ekoran gesaan ketua Bersatu Kota Melaka Hishamuddin Karim.
“PAS menghormati hal setiap parti dalam mendepani permasalahan dalaman.
“Kami yakin ia mampu diselesaikan dengan semangat ukuhwah di kalangan anggota parti dan komponen,” kata Tuan Ibrahim, lapor FMT.
Pada Ahad lalu Hishamuddin berkata pendirian rasmi Pas akan membantu meredakan kekeliruan yang disebabkan oleh Tindakan pemimpin Bersatu yang menentang presiden Tan Sri Mahiaddin Yassin.
Ahli Parlimen Machang Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal telah mendakwa PAS lebih cenderung menyokong Timbalan Presiden Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainudin.
Dakwanya, sokongan itu kerana kepimpinan Hamzah dalam menggerakkan jentera PN pada PRU15.
Wan Ahmad Fayhsal kini digantung selama sepenggal manakala Ahli Parlimen Tasek Gelugor Datuk Wan Saiful Wan Jan dipecat.
Mereka dikenakan tindakan oleh Bersatu kerana didakwa melanggar perlembagaan dan kod etika parti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan