"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Bila tiba masa saya umum, kata KJ di bangunan Umno

Malaysiakini 

Bekas ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, masih berteka-teki berkaitan spekulasi kemasukan semula ke parti itu selepas dia dipecat parti tersebut kira-kira dua tahun lalu.

"Saya dah maklum tadi, nanti bila tiba masa untuk saya buat pengumuman.

“Saya akan maklum pada pihak media. Tak pasti lagi,” katanya kepada media di bangunan Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur yang juga menempatkan ibu pejabat Umno.

Terdahulu Khairy menghadiri program Rundingan Meja Bulat Pendidikan Nasional 2025: Reformasi Sistem Pendidikan Zaman AI dan Pemerkasaan Institusi Guru yang turut dihadiri Ketua Pemuda Umno Akmal Saleh.

Pada 30 Oktober lalu, Khairy yang juga bekas menteri kesihatan itu dilaporkan akan kembali ke pangkuan Umno sebelum pilihan raya negeri (PRN) bagi Sabah pada 29 Nov ini.

Memetik sumber, Berita Harian melaporkan dia sudah mendapat 'restu' pimpinan tertinggi Umno khususnya presiden parti itu, Ahmad Zahid Hamidi untuk berbuat demikian.

Sumber berkata, isyarat restu berkenaan disampaikan oleh Ahmad Zahid kepada Khairy – atau lebih dikenali sebagai KJ – ketika mereka berjumpa semasa menghadiri majlis perkahwinan anak perempuan Pengerusi Umno Perlis, Rozabil Abdul Rahman, Ahad lalu.

Bagaimanapun pada 4 Nov lalu, Ahmad Zahid mengesahkan yang parti itu belum membincangkan soal penyertaan kembali Khairy.

“Setakat ini belum lagi,” katanya.

Kata Ahmad Zahid, dia cuma bertemu Khairy di majlis perkahwinan dan tiada sebarang perbincangan dibuat.

“Apa yang terpapar dalam media adalah berita yang ditulis oleh wartawan dan saya amat menghormatinya.

“Saya tidak mahu menyanggah mana-mana wartawan yang melaporkan perkara itu, seperti mana yang pernah dilakukan oleh seseorang sebelum ini,” kata Ahmad Zahid.

Tiada ulasan: