"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Remaja 17 tahun suspek utama letupan ketika solat Jumaat di Jakarta - Polis

Berita Harian
@bharianmy
JAKARTA: Letupan di sebuah masjid di ibu negara Indonesia yang mencederakan puluhan mangsa ketika solat Jumaat hari ini mungkin satu serangan, dengan pegawai memaklumkan seorang remaja berusia 17 tahun dikenal pasti sebagai suspek utama.

Pihak polis memaklumkan, 55 mangsa dimasukkan ke hospital dengan pelbagai kecederaan antara ringan hingga serius termasuk melecur, selepas letupan berlaku di masjid dalam kompleks sekolah di kawasan Kelapa Gading.

“Letupannya sangat kuat, sehingga saya tidak dapat bernafas kerana terkejut,” kata Luciana, 43, yang bekerja di kantin sekolah ketika kejadian. 

Bercerita lanjut, katanya beberapa letupan berlaku dan suasana panik apabila puluhan orang melarikan diri dari kompleks terbabit.

“Saya sangka ia litar pintas atau sistem pembesar suara yang meletup... kami sangat takut, jadi kami bergegas keluar,” katanya. 

 Timbalan Speaker Dewan Perwakilan, Sufmi Dasco Ahmad, ketika ditemui media selepas melawat hospital berkata remaja yang menjadi suspek itu kini sedang menjalani pembedahan, namun tidak mendedahkan butiran lanjut atau kemungkinan motif. - REUTERS

Tiada ulasan: