"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Penganggur ditahan disyaki cabul ibu tunggal dalam kereta

Alias Abd Rani

KLUANG: Seorang penganggur ditahan selepas didakwa mencabul wanita yang juga ibu tunggal baru sebulan dikenali dalam sebuah kereta.

Kejadian berlaku jam 2 petang Selasa lalu ketika mangsa menaiki kereta bersama suspek dengan insiden itu dipercayai berlaku di dua lokasi berasingan.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh, berkata suspek mengenali mangsa melalui media sosial sejak sebulan lalu sebelum mereka bertemu.

“Ketika berada dalam sebuah kereta, suspek mengambil kesempatan melakukan perbuatan itu terhadap mangsa sebelum membuat laporan polis jam 3.36 petang tadi.

“Susulan itu, polis menahan suspek berusia 49 tahun di sebuah rumah di Kulai bagi membantu siasatan. Suspek direman empat hari bermula hari ini sehingga Ahad dan kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan,” katanya.

Tiada ulasan: