"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

6 migran maut, 3 cedera selepas kereta terjunam ke dalam tasik ketika dikejar polis

Buletin TV3 
FOTO: Facebook
SOFIA: Enam migran terbunuh manakala tiga lagi cedera apabila sebuah kereta yang mereka naiki terbabas dan terjunam ke dalam sebuah tasik semasa dikejar polis berhampiran bandar pelabuhan Burgas, timur Bulgaria, lewat malam Khamis.

Menurut jurucakap polis, kejadian berlaku kira-kira 50 kilometer di selatan Burgas selepas pihak berkuasa cuba menghentikan kenderaan tersebut. “Polis pada awalnya cuba menghentikan kenderaan itu, namun pemandunya enggan berhenti,” katanya kepada AFP.

Cubaan menghentikan kenderaan dilakukan sebanyak tiga kali. Pada percubaan ketiga, berhampiran pintu masuk ke Burgas, kereta tersebut hilang kawalan lalu terjunam ke dalam tasik. Pemandu kenderaan, seorang warga Romania, telah ditahan.

Identiti dan kewarganegaraan mangsa yang maut dan cedera masih belum didedahkan oleh pihak berkuasa.

Bulgaria, yang merupakan anggota Kesatuan Eropah, berkongsi sempadan dengan Turkiye sebuah negara bukan anggota EU dan sering menjadi laluan utama bagi migran yang cuba memasuki Eropah secara haram.

Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian serta rangkaian penyeludupan manusia yang mungkin terlibat. — AFP

Tiada ulasan: