"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kelantan: Lelaki Rohingya didakwa ‘noda’ kekasih usia 14 tahun

MUHAMMAD AYMAN GHAFFA
Anamul Hassan didakwa atas pertuduhan merogol seorang remaja berusia 14 tahun di Mahkamah Sesyen Kota Bharu, Kota Bharu hari ini. Foto KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
KOTA BHARU – Seorang lelaki etnik Rohingya didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan merogol remaja etnik sama yang berusia 14 tahun dan merupakan kekasihnya di sebuah rumah di Ketereh dekat sini pada Mei lalu.

Tertuduh, Anamul Hassan Rahamatullah, 30-an, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Zulkifli Abllah.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa merogol seorang kanak-kanak perempuan berumur 14 tahun empat bulan ketika kejadian di sebuah rumah di Kampung Lachang, Ketereh di sini pada Mei lalu. Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan (Akta 574) yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nur Syafiqah Mohamad manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Nur Syafiqah tidak mencadangkan wang jaminan kerana pertuduhan yang dihadapi tertuduh merupakan kes serius.

Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin selain menetapkan 7 Disember depan untuk sebutan semula kes dan lantikan jurubahasa. – KOSMO! ONLINE

Tiada ulasan: