Azamin Amin | |
KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Hrkh) - Bukan sahaja tidak memberi respons bahkan forum yang dianjurkan oleh Gerakan Anti Korupsi Malaysia (Gerak), minggu ini telah ditolak jemputannya oleh Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin seolah-olah dilihat gentar untuk berhadapan dengan hujah-hujah dan fakta yang bakal dipersembahkan oleh panel yang turut diundang iaitu Ketua Pemuda PAS Ustaz Nasruddin Tantawi. Gerak dilaporkan telah merancang untuk mengadakan forum berhubung isu-isu rasuah pada esok (13 Ogos) dan menjemput ketua pemuda kedua-dua parti itu sebagai ahli panel, demikian kata Setiausaha Dewan Pemuda PAS Kamaruzaman Mohammad. "Secara rasmi, Ustaz Nasruddin telah mengesahkan kehadiran dan akan turut serta dalam forum terbabit sebagai ahli panel, namun sebaliknya bagi Ketua Pemuda Umno. "Dia telah menolak jemputan itu dan dalam masa yang sama belum memberi respons berhubung wacana pemuda PAS-Umno, yang dicadangkan lebih sebulan lalu," katanya menerusi perbualan telefon dengan Harakahdaily.net sebentar tadi. Menurut Kamaruzaman, Pemuda PAS telah bermesyuarat Sabtu lalu berhubung wacana terbabit, dan masih menunggu jawapan daripada Pemuda Umno. "Kita belum memberi tempoh tamat dan kita masih terbuka, walaupun Pemuda Umno dilihat seperti tidak berminat ataupun, Ketuanya mula gentar untuk berdepan dengan wacana ini," katanya. Dan jika kedua-dua pihak bersetuju, wacana tersebut akan dianjurkan selepas Pilihan Raya Kecil Permatang Pasir dan selepas Syawal, katanya. Sebelum ini, Khairy menyatakan dalam suratnya ingin bertemu secara tertutup - pertemuan empat mata dengan Ustaz Nasrudin Hassan Al-Tantawi, yang ditolak mentah oleh Ketua Pemuda PAS itu, kerana wacana tersebut adalah untuk pengetahuan rakyat dan mengelakkan sebarang fitnah. "Kita sudah membentuk jawatankuasa teknikal, tetapi Umno masih tidak ada sehingga kini dan belum berbincang lagi berhubung wacana tersebut. "Yang ada surat Khairy yang tidak berapa setuju dengan tajuk wacana 'Benarkah Perjuangan Umno Tidak Bertentangan Dengan Islam' itu dan hanya mahu bertemu secara tertutup dengan Ustaz Nasruddin," kata Kamuzaman. |
"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
UBN Najib Altantuya: Khairy gentar berdepan wacana Umno-PAS?
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan