"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

UBN Najib Altantuya: Muhyiddin Yassin: Kalau jadi sesuatu..jangan menyesal!!

Oleh: musafir_lapar

"Muhyiddin Yassin memberi amaran kepada rakyat jelata bahawa 'sesuatu' bakal terjadi sekiranya BN kalah. "JANGAN MENYESAL!!". Menurut kenyataannya semalam, kaum bukan Melayu sedang berpakat dengan pengkianat Melayu (*Muhyiddin sebelum ini menjelaskan bahawa pengkhianat tersebut ialah Anwar) dan hak-hak kaum Melayu sedang dirampas. Justeru, isyarat tajam Muhyiddin ini menunjukkan bahawa UMNO sedang bercadang hendak membuat huru-hara sekiranya UMNO dan BN kalah. Kenyataan akhbar disertakan dan analisa mengapa Presiden MCA nyawanya dalam bahaya turut disertakan:

“KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan orang Melayu mengenai individu yang sanggup mengkhianati bangsa sendiri semata-mata untuk kepentingan politik masing-masing..

..Jangan menyesal jika berlaku sesuatu apabila BN kalah.

…Tetapi sekarang kita mudah tercabar. Selepas pilihan raya umum, mereka melihat politik boleh mengubah segala-galanya. Sebab itu ada pihak yang ghairah untuk merebut tempat tanpa memikirkan masa depan orang Melayu," katanya.”

Saya terasa lucu tengok UMNO. Bila Anwar hilang kuasa, UMNO menyalak-nyalak kata Anwar pengkhianat dan MAhathir hero. Bila Mahathir hilang kuasa UMNO menyalak pulak kata Mahathir pengkhianat Melayu dan jatuhkan UMNO. Bila Pak LAh kalah dan hilang kuasa, UMNO salahkan pulak Pak Lah sebagai punca kekalahan UMNO. Pendek kata, semua salah orang lain, UMNO aje yang betul..

Sebelum ni Presiden MCA menyatakan bahawa wujud ugutan bunuh dari kepimpinan tertinggi BN berikutan skandal zon bebas pelabuhan klang. Badan audit bebas pula dah sahkan bahawa rasuah tidak kurang RM500 juta hingga 1 billion sudah dikesan.

Mungkinkah amaran Muhyiddin Yassin akan sampai kepada Presiden MCA dulu? Saya cadangkan beliau pasang bodyguard. Bukan apa, takut SPRM panggil, silap haribulan jatuh bangunan pulakk...

PAS , DAP dan PKR juga patut mengambil langkah berjaga-jaga untuk menghalang UMNO dari membuat apa-apa yang bersifat 13 Mei apabila UMNO kalah kelak..
-tranungkite.net-

Tiada ulasan: