"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

UBN Najib Altantuya: Konvensyen bahasa di Pahang bincang kegagalan Umno

Oleh Zukri Aksah

Kerana melihatkan betapa tidak seriusnya sikap kerajaan pimpinan Umno dan BN dalam memartabatkan penggunaan Bahasa Malaysia dalam semua sektor sepanjang 52 tahun pemerintahan mereka semenjak merdeka, PAS Pahang merasa terpanggil untuk menganjurkan Konvensyen Memartabatkan Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Rasmi dan Pembudayaan Bangsa.

Kenyataan dari Setiausaha Penerangan PAS Negeri Pahang, Hashim Abdullah memaklumkan yang konvensyen ini akan diadakan pada Ahad, 16 Ogos 2009 bertempat di Kompleks Imam As Syafie (KIAS), Temin, Jerantut bermula pada jam 2.00 petang.

Sebelum ini, ekoran demonstrasi besar-besaran membantah Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), kerajaan Malaysia telah mengumumkan pemansuhannya pada tahun 2012.

Namun, apabila menerima pelbagai tekanan termasuk dari bekas Perdana Menteri yang memperkenalkan dasar ini, Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyidin Yassin mengumumkan, pelajar boleh meneruskan pembelajaran dalam Bahasa Inggeris.

Konvensyen kali ini, menurut Hashim adalah penting untuk membincangkan secara serius perkembangan bahasa mutakhir ini yang kelihatan terancam dengan polisi polisi kerajaan, termasuk aspek-aspek pembudayaan dalam Dasar Pendidikan Negara.

Ini terbukti dengan dasar kerajaan melaksanakan PPSMI, kemudiannya atas desakan kuat rakyat mengumumkan pembatalannya, tetapi kemudiannya melanjutkan perlaksanaan sehingga 2014. Ini semua bagi Hashim adalah pengkhianatan terhadap Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan.

PAS Pahang akan cuba mengumpulkan tokoh-tokoh utama bahasa dalam konvensyen ini nanti. Yang pasti, konvensyen ini akan disertai oleh Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said.

Acara konvensyen yang bermula pada jam 2.00 petang dijangka akan dipenuhi dengan pembentangan kertas kerja termasuklah dari A. Samad Said sendiri. Tokoh-tokoh lain yang turut disahkan akan membentangkan kertas kerja mereka ialah bekas Pengarah Pendidikan Wilayah Persekutuan, Cikgu Abas Awang dengan tajuk kertas kerjanya, “Perubahan Dasar Pendidikan (Bahasa) Memberi Kesan Psikologi Terhadap Minat Pembelajaran dan Perkembangan Ilmu.”

Selain tokoh bahasa, PAS Pahang mengalu-alukan kehadiran aktivis budaya, jawatankuasa PIBG, pertubuhan bukan kerajaan dan kalangan media untuk datang membuat liputan. Pada akhir konvensyen, satu deklarasi bahasa akan dikeluarkan, dan akan diserahkan kepada Pesuruhjaya PAS Negeri Pahang, yang juga Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Acara konvensyen ini akan berlarutan ke waktu malam dengan penganjuran ceramah umum oleh PAS Pahang yang juga berfokuskan tentang isu bahasa. Hashim dalam kenyataannya menyeru orang ramai untuk hadir ke ceramah tersebut yang akan diadakan pada jam 9.00 malam, bertempat di Tapak Kompleks PAS Pahang, Kerdau. Ceramah ini turut bakal dibarisi oleh A. Samad Said, Cikgu Abas Awang dan pimpinan-pimpinan PAS.

-detikdaily.net-

Tiada ulasan: