"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

DAP: Jangan Terperangkap Provokasi Agama

DAP menyifatkan ketegangan agama hari ini adalah perangkap politik Umno-BN untuk memecah-belahkan rakyat dan menarik sokongan orang melayu kepada gagasan itu.

Ahli Parlimen Rasah Anthony Loke Siew Fook berkata Umno menyedari bahawa sokongan rakyat semakin terhakis kerana skandal-skandal rasuah dan penyelewengan yang semakin parah.Beliau menjelaskan isu agama ini diperalatkan untuk mengalih pandangan rakyat dari isu-isu ini.

“Saya rasa yang nak menjadikan ini sebagai satu isu yang besar ialah UMNO dan Barisan Nasional kerana mereka banyak isu, isu-isu besar yang melanda mereka, yang mereka tidak boleh jawab”

Beliau berkata demikian di Ceramah Perdana Sempena Pelancaran Majlis Pakatan Rakyat Negeri Sembilan di dataran Muhibbah, Kg Ismail Negeri Sembilan pada 28 Januari.

Lebih 500 orang hadir mendengar ceramah ini. Turut serta dalam majlis ini adalah Salahuddin Ayub sebagai Naib Presiden PAS dan Dato’Kamarul Baharin Abbas sebagai Pengerusi PKR Negeri Sembilan.

Anthony menyeru rakyat Malaysia untuk berfikir secara waras dan tidak terperangkap dengan permainan emosi ini.

Beliau menegaskan DAP amat menghormati pendirian tegas Pas dan PKR dalam polemik ini.

“Kerana ketegasan mereka pendirian mereka dalam isu ini. Bukannya untuk kepentingan politik, tetapi berdasarkan ajaran agama Islam yang sebenarnya”

Beliau juga memberitahu bahawa satu sesi dialog telah diadakan dengan wakil dari persatuan Kristian yang dianjurkan oleh PKR Negeri Sembilan.

DAP menyarankan pimpinan-pimpinan Kristian untuk terus berdialog bersama pimpinan masyarakat Islam supaya tidak ada pihak yang terkeliru atau termakan dakyah Umno- BN.
-tvselangor-

Tiada ulasan: