"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Taib: Jangan ingat seekor ayam kokok, hari sudah siang

Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud bersalaman dengan para penduduk rumah panjang ketika menghadiri majlis pemimpin bersama rakyat di Rumah Dieo Kanyan di Tanjung Penasu di Sibu — Gambar Bernama
KUALA LUMPUR, 18 Mei: Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud menyifatkan kemenangan DAP merampas kerusi Parlimen Sibu kelmarin bukan isyarat kepada permulaan penguasaan parti pembangkang di Sarawak.

Abdul Taib yang merupakan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) berkata, takrifan DAP dan pakatan pembangkang terhadap keputusan itu merupakan soal lain.

Sarawak akan mengadakan pilihan raya umum negeri dipercayai dalam waktu terdekat dengan mandat semasa akan berakhir Julai 2011.

“Jangan sangka apabila seekor ayam berkokok, maka ertinya hari sudah siang,” kata beliau mengulas mengenai keputusan pilihan raya itu.

Abdul Taib yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri berkata, Pilihan Raya Kecil Parlimen Sibu berjalan dengan baik dan proses pengundian juga adalah adil.

Dengan kemenangan kelmarin DAP mempunyai dua kerusi Parlimen di Sarawak.

Ketua Menteri paling lama itu berkata, BN negeri menerima keputusan itu kerana ia merupakan pilihan rakyat di kawasan berkenaan.

“Kita akan lakukan ‘post mortem’ bagi mengenal pasti punca kekalahan kerana terlalu awal untuk membuat kesimpulan,” kata beliau dipetik Utusan Malaysia.

-malaysianinsider-

Tiada ulasan: