"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ayah enggan disuntik hormon babi, dia rela mati

rozmal
Pada 2 Mei 2011 dapat panggilan dari emak kata abah dah terbaring sesak nafas, abah memang ada masalah jantung. Berkejarlah balik kampung hantar abah ke Hospital Tampin. Nak hantar Hospital Rembau belum siap, ada batu asas sahaja sejak Mac 2008. Masuk bilik kecemasan doktor pun jalankanlah pemeriksaan, masuk oksigen dan macam-macam lagilah. Lalu abah pun dimasukkan ke wad di Hospital Tampin.

Semasa di wad doktor bukan Islam jumpa abah, tanya samada abah hendak disuntik dengan hormon babi atau tidak. Kata doktor tadi hormon babi adalah yang terbaik untuk pesakit jantung, ia dapat mencairkan darah dengan cepat. Abah kata dia tak nak disuntik dengan hormon babi, biarlah dia mati dari disuntik dengan hormon babi kata abah pada doktor tadi. 

Doktor tadi kata, ada juga orang Islam yang hendak disuntik hormon babi ni. Abah kata itu biarkanlah dia.

Esoknya abah pun dibenarkan keluar wad, duduk dalam wad lagi penat abah, doktor hanya buat pemantauan saja.

Kepada JAKIM, TV3, Utusan Malaysia yang takut sangat dengan serangan Kristian sekarang ini, ni apa cerita ni hormon babi senang-senang diberi kepada pesakit Islam? Jawatankuasa Fatwa pula macamana, apa hukum suntik hormon babi ni?

Yang saya puji ialah doktor bukan Islam di Hospital Tampin tadi, dia amat berterus terang kepada pesakit Islam dan memberi pilihan kepada pesakit.

Usia abah dah 73 tahun, maknanya dah dapat Bonus lebih 10 tahun. Usia umat Islam ini puratanya 60 tahun. 

Hidup di dunia tak sampai sekelip mata, hidup di akhirat kekal sampai bila-bila.

Rozmal bin Malakan

Tiada ulasan: