"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pemuda UMNO hanya berjuang gadis yang dilarikan ke Lombok

Mummy Rokiah
Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda Umno Datuk Muhamad Khairun Aseh menyeru supaya pihak berkuasa Malaysia dapat mencari fomula untuk mencegah gadis di bawah umur supaya tidak dilarikan ke Lombok, Indonesia.

Gadis Malaysia pula pantang diayat  lelaki Lombok yang kononnya romantis dibibir untuk sehidup semati dan bila hati sudah suka, semua indah saja, mabuk laut tidak terasa kerana asmara bergelora.


Apakah ini sahaja perjuangan Pemuda UMNO yang dibesar-besarkan, tak habis-habis dengan gadis dibawa lari lelaki Lombok.

Isu-isu besar yang dihadapan mereka seperti Kristiankan Malaysia dan pencabulan hak-hak orang Melayu langsung tak diambil peduli. Ketua Pemuda mereka, KJ ada seperti tiada, kadangkala tiada lebih baik dari ada kerana kalau ada pun hanyalah mengada-ngada.

MR ingin mencadangkan satu usul untuk dibawa ke Perhimpunan Agung Pemuda UMNO nanti supaya Pemuda UMNO membuka satu cawangan di Lombok. Letakkan beberapa orang sukarelawan Pemuda di sana dan adakan meja perkhidmatan khas menyelamat gadis Malaysia di pintu masuk pekan Lombok.

Sebaik sahaja melihat lelaki Lombok berkepit dengan gadis Malaysia tangkap dan hantar pulang daftarkan mereka sebagai pengundi.

Tetapi pemuda-pemuda juga diwajibkan membawa isteri mereka masing-masing takut-takut digoda pula oleh gadis Lombok.

Bila tiba pilihanraya kumpulkan gadis-gadis ini untuk mengundi calun pemuda.

Tiada ulasan: