Nur Hasliza Mohd Salleh
PUTRAJAYA: Sebanyak 4 kematian akibat jangkitan Covid-19 dilaporkan hari ini, menjadikan keseluruhan mangsa yang terkorban akibat wabak berkenaan 57 orang.
Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan sebanyak 150 kes jangkitan baru dilaporkan berbanding semalam, menjadikan jumlah mangsa 3,483 orang sehingga kini.
Dalam pada itu, 88 kes jangkitan Covid-19 pulih dan dibenarkan discaj menjadikan bilangan pesakit sembuh 915 orang sehingga kini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan