"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

78% dari 350,000 peserta poll kata Kerajaan PN gagal

MALAYSIA DATELINE

Dari lebih 350,000 peserta yang menyertai poll yang dibuat oleh Datuk Seri Naib razak, 78 peratus dari mereka percaya bahawa kerajaan Perikatan Nasional (PN) adalah kerajaan gagal.

Hanya 22 peratus dari para peserta menyertai poll ini bermula tujuh hari lalu dan berakhir semalam berkata kerajaan ini tidak gagal.

350,000 peserta poll itu membuat keputusan itu apabila menjawab pertanyaan Najib, “Adakah kerajaan PN gagal menguruskan Covid-19 dan gagal menguruskan kesejahteraan rakyat.”

Menurut seorang anggota Majlis Tertingi Umno, Datuk Dr Puad Zarkashi, Kerajaan PN berkata, kebanyakan kes baharu datang dari kategori tidak serious. “Tetapi semalam ada 153 kematian.”

Bagi beliau, kalau ikut kadar kematian dari segi saiz penduduk, Malaysia antara tertinggi di dunia.

“TS Ismail Marican bekas KP Kesihatan kata, kerajaan hari ini bersikap “denial”,” kata beliau.

Puad juga mengkritik kenyataan Perdana Menteri Tan Sri Mahiaddin Md Yassin yang minta mayat-mayat mangsa Covid diuruskan dengan bulldozer.

“Kalau terpaksa guna bulldozer untuk kebumi jenazah, tidakkah itu amat kritikal. Siapa agaknya yang rakam suara PM itu? Memang,” kata Puad.

Tiada ulasan: