"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Cubaan lelaki ‘cari jodoh’ di PPV gagal

AHMAD SHAHERMAN SHAMSURI

Tangkap layar klip video yang tular di laman Facebook.

PETALING JAYA – Cubaan seorang lelaki untuk mencari jodoh di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) berakhir apabila jururawat yang cuba dilamarnya telah berkahwin.

Walaupun niat lelaki itu sekadar mencuba nasib, namun menerusi klip video yang dimuat naik di laman Facebook ternyata lelaki itu sangat kecewa dengan ‘kegagalan’ itu.

Berdasarkan klip video berdurasi 21 saat itu, kelihatan lelaki itu cuba mendapatkan nombor telefon jururawat tersebut.

Bagaimanapun, jururawat itu dengan tegasnya membalas bahawa dia telah berkahwin.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan di mana video tersebut dirakam.

Aksi kedua-dua individu itu telah mendapat pelbagai reaksi dan komen daripada pengguna Facebook.

“Lain kali nak cari nurse (jururawat) kau kena cari masa dia tengah belajar lah. Kalau dah jadi jururawat biasanya dah jadi bini orang,” tulis Amm Hamdan.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna yang dikenali sebagai Arif Jalaluddin.

“Patut tanyalah dulu dah kahwin ke belum, kemudian barulah nak minta nombor ke apa,” katanya.-K! ONLINE

Tiada ulasan: