"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pas mula main isu perkauman untuk pujuk Umno

MALAYSIA DATELINE

Kenyataan Setiausaha Perhubungan Pas Selangor, Roslan Shahir Mohamad Shahir (Roslan SMS) yang dilihat cuba memainkan isu perkauman dan agama dengan ‘menjual’ mengenai bilangan Ahli Parlimen bukan Islam di dalam komponen Pakatan Harapan, amat dikesali.

Timbalan Ketua Amanah Kawasan Kuala Langat Hairul Nizam Toha turut mengingatkan Roslan SMS mengenai kebiadapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Undang-Undang) dari Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan yang bertindak biadap dengan membelakangi Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk menamatkan Ordinan Darurat sehingga mengundang kemurkaan baginda.

“AMANAH ingatkan Roslan SMS agar tidak menggunakan isu perkauman dan agama untuk memujuk Umno, sebaliknya Roslan perlu insaf dengan kegagalan PN yang sememangnya sudah gagal menangani masalah rakyat sehingga menyebabkan krisis politik.

“Kenyataannya jelas memperkecilkan peranan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu yang sememangnya sentiasa memayungi ummah dan menjaga keutuhan serta kesucian Agama Islam dan Orang-orang Melayu tanpa memerlukan penglibatan parti politik ortodoks seperti Pas,” katanya.

Ketika menjadi kerajaan persekutuan mahupun negeri, katanya PH tetap menjunjung Perlembagaan Persekutuan dan memastikan kebajikan serta pembangunan Orang-orang Melayu dan Agama Islam dipelihara disamping tidak meminggirkan bangsa dan penganut agama lain.

AMANAH juga menyeru kepada Roslan SMS dan supaya jangan bertindak ‘Songsang’ dan segera bertaubat kerana sebarang tindakan politik di dalam negara ini tidak menyebabkan agama Islam dan orang melayu terpinggir, sebaliknya dalam pentadbiran Kerajaan PN ketika inilah menyebabkan orang melayu semakin mundur dan miskin serta agama Islam semakin terpinggir.

Terdahulu, Roslan mengingatkan Umno jika mahu membina jajaran baru parti itu terpaksa berpakat dengan Pakatan Harapan yang mempunyai 89 kerusi.

Di mana menurut Roslan 89 kerusi itu didominasi oleh 55 Ahli Parlimen yang bukan muslim.

“Siapa sahaja mahu robohkan kerajaan ini perlu bina kerajaan yang baru dan lantik PM baru.

“PH sahaja punya 89 kerusi maka sudah pasti yang mahu jajaran baru tadi terpaksa berpakat dengan PH. Jika benar bersedialah menerima kerajaan baru yang didominasi 55 MP bukan Muslim. Balik ke asal,” kata Roslan.

Tiada ulasan: