FAZLI RADZI
Warganet dilihat mencemuh Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Noor susulan penahanan seorang warga emas yang sebelum itu mengecam pemimpin Pas tersebut.
Lelaki berusia 61 tahun terbabit ditahan di Lenggeng, Negeri Sembilan pada 3.57 pagi semalam susulan laporan polis yang dibuat Pegawai Khas Menteri Besar Kedah.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, lelaki itu yang menggunakan akaun ‘Kamal Hero Malaya’ di Facebook dipercayai memuat naik video berdurasi kira-kira sembilan minit mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Sanusi.
Sehubungan itu, rata-rata warganet mempertikai sikap di pihak Sanusi yang sebelum itu ‘bergurau’ mengenai penggunaan kontena sejuk beku untuk mayat Covid-19.
Dalam satu sidang media pada 6 Ogos lalu, Sanusi antara lain menyebut: “Kontena jenazah mencukupi, siapa nak masuk, bagi nama.”
Keesokannya, dia memohon maaf selepas menerima kecaman dan menyifatkan jawapan yang diberikan itu merupakan antara gurauannya dengan kumpulan wartawan yang sudah memahami karakternya sebelum ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan